Cara Isi Form Takafulink

Saya akan ajar cara untuk isi form dengan lebih berkesan dan mudah. Bagi mengurangkan kadar kesilapan semasa mengisi borang. So, bila kurang silap, cepat captured dalam sistem, coverage cepat dan yang paling penting commission cepat.
Nota : Form ini mungkin berubah versi dari semasa ke semasa. Tapi frame asal lebih kurang sama. Saya takkan update form di bawah ini kecuali ada major changes...artikel ini lebih kepada memberi tunjuk ajar ringkas untuk agent2 baru PruBSN cara-cara untuk isi proposal form.

(Borang Cadangan (proposal form) Takafulink)

MUKA 1 
  • Contoh : Client : Lelaki, amik untuk diri sendiri.

    Details semua saya letak dalam contoh form di bawah :
  1. Code agent
     
  2. Nama agent (kalau yang belum amik exam takaful, tapi dah ada agent code kena isi U-Code kat kotak bawah nama agent tu bersama-sama dengan code agent yang senior. Contoh, (Kod senior agent : MD200001 dan kod agent baru yang tak lulus exam takaful lagi : MD200020, cara tulis U-Code:MD200001-0%, MD200020-100%).
     
  3. Handphone dan email
     
  4. Nama penuh client seperti dalam IC. Penting sebab nanti cheque claim atas nama dia. Kalau nama salah, ada masalah untuk clearkan cheque. Kalau tak muat untuk letak Bin/Binti, letak nama client sahaja
     
  5. Tandakan / pada kotak jantina (Lelaki atau Perempuan)
     
  6. IC lama atau Nombor surat beranak sekiranya anak tiada nombor mykid
     
  7. Nombor IC baru client
     
  8. Tarikh Lahir
     
  9. Umur pada tarikh akan datang. Nak kira senang je, (tahun semasa - tahun tarikh lahir=umur semasa), kemudian tengok tarikh lahir, kalau dah lepas, tambah 1 i.e umur pada tarikh lahir akan datang, kalau belum, just letak je umur semasa.
      
  10. Tandakan / pada kotak status merokok (ya / tidak).Jika 'ya', letakkan jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari.

    Bangsa dan kerakyatan

    Kalau bukan warganegara Malaysia, boleh amik plan ini, tapi bergantung kepada keputusan syarikat. Biasanya golongan profesional sahaja yang dibenarkan. Ada borang tambahan dan beberapa soalan yang perlu dilengkapkan.
      
  11. Status berkahwin, bujang, single parent
     
  12. Tinggi dan berat. Ini penting. Kena tengok jadual tinggi berat. Kalau tersalah letak, takut kena ME (Medical Examination atau kena loading). Tapi kalau memang berat betul, just tulis berapa berat.
     
  13. Pekerjaan. Yang ini kena terangkan apa kerja client, tugas sebenar dan kerja bahagian apa, atau client tu kerja dalam bidang apa. Contoh Supervisor, Supervise and Monitoring, Manufacturing. Ini penting kerana ia menentukan kelas pekerjaan client.
     
  14. Pendapatan tahunan. Ini jugak penting sebab ia boleh menjadi ukuran manfaat Weekly Indemnity
     
  15. Kelas pekerjaan. Yang ini akan digenerate melalui quotation. Tapi kalau dalam quotation tak de list pekerjaan client tu, cari yang dekat2 dengan pekerjaan client yang boleh match dengan list dalam quotation.
Ok, Siap muka pertama.

Muka 2

Di mukasurat 2, Details of person B i.e (Maklumat Spouse jika manfaat spouse contributor di cadangkan atau Parent/Legal Guardian sekiranya takaful pendidikan di cadangkan). Jadi sekiranya plan pendidikan untuk anak, muka 1 maklumat anak, muka 2 maklumat pembayar. Details sama mcm muka 1. Sekiranya client dewasa amik untuk diri sendiri, bahagian B nie tak perlu diisi. Kosongkan sahaja.

Ok, kita lihat muka 2, apa data yang perlu diisi.
  1. Alamat rumah atau alamat surat menyurat. Penting untuk dapatkan alamat yang sah sebab nak hantar notis atau apa2 statement semua berdasarkan alamat yang ditulis di sini. Nombor telefon. Handphone atau rumah. Kalau boleh minta nombor telefon isteri atau suami, sebab in case kalau jadi apa2...kita ada orang lain yang kita boleh hubungi.
     
  2. Alamat pejabat (atau tempat bekerja)
     
  3. Jumlah caruman. Kalau bayar monthly, tulis bayaran monthly, kalau bayar yearly tulis jumlah bayaran yearly.
     
  4. Kekerapan bayaran. Nak bayar sebulan sekali, atau 3 bulan sekali, atau 6 bulan sekali atau setahun sekali.
     
  5. Cara pembayaran. Sama ada credit card, autodebit bank atau cash/cheque. Kalau bayaran credit card, bayaran pertama kalau client tak nak bayar pun tak pe. Terus deduct dari credit card. Kalau cash/cheque atau autodebit, bayaran pertama hendaklan CASH. Autodebit biasanya amik masa 3-4 bulan baru approved. Jadi, dalam tempoh tu, kita sebagai agent, kena collect premium daripada client. Sampai lah bank approved. Kita tak perlu collect cash lagi. Autodebit perlu isi form auto debit. Sila rujuk sini.
      
  6. Jenis Plan. Kalau dewasa "Takafulink"..kalau kanak2, boleh letak "Takafulink Cerdik" atau "Takafulink" . Untuk anak yang lebih dari 5 tahun...umur akan datang 6 tahun, letak "Takafulink". Sebabnya, kalau letak takafulink cerdik, caruman akan menjadi 2 kali ganda sebab perlu attached sekali dengan takaful saver 1:1. Untuk bahagian ini , sila pastikan ianya ditanda SAMA seperti dalam quotation. Kalau tak nant pending. 
Muka 3
Muka ini kita perlu rujuk dengan quotation yang kita cadangkan kepada client. Jumlahnya manfaat mesti sama seperti dalam quotation. Kalau tak case akan jadi pending. Sila rujuk muka pertama quotation utk masukkan figure di muka 3 ini.

Muka 4
Soalan dalam page 4 nie, kalau client tak pernah sakit, atau tak pernah mendapatkan rawatan di hospital i.e tak pernah masuk wad, atau tak de masalah kesihatan, just tick 'NO'. Tick biar besar sikit dan jelas. Biasakan gunakan pen hitam dakwat basah.
 

Tapi kalau ada masalah kesihatan macam mana? Kita kena declare, so cara nak declare senang sahaja. Maklumat2 ini anda perlu tanya kepada client anda. 
  1. Sakit apa?
  2. Bila?
  3. Masuk wad ke tidak?...kalau masuk, bila masuk?
  4. Doktor yang merawat. Kalau client ingat, sebab kalau hospital private biasanya boleh ingat, kalau hospital government, biasanya tak ingat ramai doktor yang merawat dan bertukar2.
  5. Apa rawatan yang dibuat (e.g operation ke, makan ubat ke...dan kalau tau ubat apa, just catat ubat apa dan sebagainya)
  6. Berapa lama masuk wad dan berapa lama MC (i.e cuti sakit)
  7. Bila last follow up dan bagaimana keadaan penyakit tu sekarang. Perlu ke rawatan susulan atau dah fully recovered? Kemudian, dalam form, kalau you tengok kat kotak kaler putih tu, itu adalah ruangan untuk kita tulis declaration. So cara nak tulis macam nie.
Saya buat contoh :

Client pernah masuk wad sebab demam denggi.

So, soalan yang berkaitan adalah soalan 3a) 
  • Q 3a)
  • Demam denggi
  • 23/01/2009-31/01/2009
  • Ampang Puteri Specialist Hospital
  • Dr Ahmad
  • 7 hari masuk wad,
  • Pulih sepenuhnya selepas keluar wad dan tiada rawatan susulan.
Page 5 dan 6 : Lebih kurang sama je dengan page 4.
Page 7 : Bahagian signature




Kalau amik untuk diri sendiri. Sign kat kotak sebelah kiri. Kalau amik untuk diri sendiri (tapi attached spouse contributor) spouse kena sign kotak sebelah kanan. Kalau amik untuk anak, pembayar (ibu / ayah) sign kotak sebelah kanan.

Borang Penama : (Note : ini form yang lama, tapi cara dia lebih kurang sama)

Details yang perlu ada adalah :
 

  • Nama penama
  • Nombor IC
  • Tarikh Lahir (biasa kalau tak IC baru, boleh dapatkan tarikh lahir)
  • Alamat : kalau alamat sama macam dalam proposal buat mcm nie "As in proposal" . Kalau   tak sama, kena masukkan lee.
Sign client dan saksi.  Borang Kad Kredit :
 Antara perkara yang penting : 
  • Nama, No IC dan alamat, itu sama dalam proposal
  • No kad kredit
  • Expiry Date
  • Nama Bank
  • Sign pemegang Kad. 
Kad kredit boleh digunakan untuk bayar policy orang lain tapi mesti ada pertalian...baca details kat kotak "Relationship of Person covered to cardmember"
Tips : Kalau saya punya cara, tak perlu nak completekan details kat depan client, nanti client letih menunggu. So, isi mana2 yang penting, then suruh client sign, kita isi kemudian.
Nota : Ada satu set form lagi YLP (Your Lifestyle Profile) yang nie masih dalam proses.
Kemudian, sign agent dan saksi, agent pun boleh sign.
Nota: Salinan muka pertama quotation hendaklah disertakan sekali bersama-sama dengan borang cadangan (proposal form).
© 2009 - prutakafulpartner Top