Pengenalan

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) terbentuk daripada usahasama Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN), dua syarikat yang kukuh dari segi kewangan dalam bidang pasaran dan kepakaran masing-masing. Di awal 2006, PruBSN mendapat kelulusan Bank Negara untuk menjalankan perniagaan Takaful

Diasaskan pada tahun 1848, Prudential bermula sebagai menginsurans nyawa dan pencen utama di United Kingdom. Hari ini, berdiri sebagai kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dunia. Melalui Prudential Asssurance, jenama Prudential telah betapak di Malaysia selama lebih 80 tahun. BSN yang ditubuhkan pada 1974, pada hari ini mempunyai 9 juta pelanggan, di uruskan oleh 5,100 pekerja , di 400 cawangan seluruh Negara. Ia adalah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan

Usahasama ini membentuk stuktur yang kukuh buat PruBSN dari segi kekuatan dan kekukuhan Prudential Assurance dalam penyebaran agensi, dan juga imej korporat BSN yang mengagumkan. Penjenamaan dan identity kedua-dua syarikat ini yang kukuh telah mencipta peluang yang besar dan luas untuk PruBSN meningkatkan perkembangan industri Takaful di Malaysia.

PruBSN mempunyai visi dan wawasan untuk menjadi syarikat penyedia penyelesaian kewangan patuh-syariah bertaraf dunia. Kami juga mementingkan nilai-nilai keluarga dan jugak semangat kekitaaan diantara pekerja kami, diantara rakan sekutu kami dan juga pelanggan kami, kerana di PruBSN.. We Understand, We Care
© 2009 - prutakafulpartner Top