PruBSN Takaful - Takafulink

Takafulink merupakan Pelan Takaful keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.
  
Peruntukan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual.



Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu :

A) Participant Unit Account (PUA)

     (Rujuk manfaat No.1 dan No2)

B) Individual Speacial Account (ISA)

     (Rujuk manfaat No.15)

C- Investment Unit Account (IUA)

     (Rujuk manfaat No.16)





Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1. Manfaat Asas (Basis Sum Covered) i.e Kematian atau Lumpuh kekal keseluruhan
  • Sekiranya berkalu kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu. 
  • Sebab kematian terdiri daripada kematian biasa atau kemalangan.
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyaikt dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekaligus
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk elaun lumpuh)

 2 . Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekaligus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kas perubatan (rujuk manfaat medical card).
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai umue 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
  • (Dengan syarat manfaat contributor disertakan. Sila rujuk manfaat no.14).
    Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh.
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi. 
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3. Compassionate Benefit (Khairat Kematian)
  • Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukankan bukti kematian kepada syarikat.

4. Crisis Cover Plus (CCP)
  • Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan yang lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable(TPD).
  • Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas untuk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
  • SebaikSekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no.1)

5. Crisi Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36  jenis penyakit kritikal) 
  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

6. Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadula perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan menggikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit)
    Contoh : katakan anda sudah membuat tuntutan  ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan menjadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan dan malang tidak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan, pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

7. Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Walaupun anda mendapatkan rawatan dia klinik biasa, anda tetap dapat tuntut kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannye penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

8. Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD).
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
9. Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Takaful Health)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

10. Annual Limit Waiver (Special...)
  • Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup. Akan tetapi, hanya Plan TH 200, TH 300 dan TH 400 sahaja yang boleh kita letakkan manfaat ini.
  • Sebagai contoh, plan TH 200 (lihat Takaful Health utk lebih detail) , had tahunan RM 75,000 dan had seumur hidup RM 750,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 75,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 75,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 75,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 75,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 750,000.
  • Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 75,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).
  • Untuk yang lebihan daripada 75,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum.
    Contoh, kalau bil hospital 100,000. 75,000 pertama co-takaful 10% max 1,000.
    So, client kena bayar RM 1,000, PruBSN bayar RM 74,000.
    Utk bil selebihnya RM 25,000 (i.e 100K - 75K = 25K)...10% daripada RM 25,000
    i.e RM 2,500 client kena bayar, dan RM 22,500 PruBSN akan bayar.
    Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 2,500= RM 3,500)
    PruBSN bayar (RM 74,000 + RM 22,500 = RM 96,500).
    Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit.
    i.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.
11. Medical Cover
  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10).
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU.
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level).
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah).
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 :   RM125
Level 2 :    RM250
Level 3 :    RM500
Level 4 :    RM750
Level 5 : RM1,250
Level 6 : RM1,875
Level 7 : RM2,500
  • Elaun Bedah : Maksimum RM12,500 setahun untuk 1 unit.
12. Elaun Hospital (Hospital Benefit)
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit.
    1 Unit bersamaan RM 50 sehari.
    Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda,
    i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit.
    Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit
    i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)
13. Elaun Lumpuh (Disability Provider)
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.





14. Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus

15. Premium Percuma (Contributor Benefit)
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
    Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor.
      Contributor
  • Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.
  • Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.
  • Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu.
  • Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita. Untuk testimoni client yang boleh masuk sini : TESTIMONIAL . Sila rujuk testimoni ke-2.
      Parent Contributor
  • Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah.
  • Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.
  • Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"
      Spouse Contributor
  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
  • Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.
  • Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi PERCUMA.
      Takaful Saver Contributor
  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.
  • Sebagai contoh, kalau client amik plan RM 250 (RM 200 basic dan RM 50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM 250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN.
  • Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.
     Takaful Saver Parent Contributor
  • Sama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
16. Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.



Tempoh Perlindungan/ Coverage Periodic Schedule
  • Apabila anda mula mencarum, and perlu ketahui tempoh menunggu dan apa yang dilindungi sebelum polisi takaful anda akan aktif sepenuhnya. sila lihat imej di bawah:






“bilakah masanya ada fikir anda patut ambil perlindungan insurans?....adakah esok?...lusa?....minggu depan?..bulan depan?...tahun depan?.... atau anda rasa anda belum perlukan perlindungan insurans?






Dan bilakah masanya anda sedar bahawa anda sudah terlambat dan tidak layak mendapat perlindungan?......”



Tel : 019-9815492 (ZUHDI) atau email :  mohdzuhdimd@prupartner.com.my / dainese5393@gmail.com




© 2009 - prutakafulpartner Top