Takaful Puteri


Manfaat Takaful Puteri

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tembahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

 [ RM50,000 , RM100,000 atau RM150,000]

Pelan Takaful Puteri menawarkan :
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan :
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit cogenital bati(penyakit sejak lahir) 
Manfaat Penjagaan Wanita

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita
  • Kanser payudara atau
  • Kanser Uterus Serviks atau
  • Kanser Tiub Falapio atau
  • Kanser Ovari atau
  • Kanser Uterus atau
  • Kanser Vagina / Vulva
atau

Lupus Eritematosus Sistematik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranye disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks. Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau keretakan Osteoporosis
Manfaat Penjagaan Ibu

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dia bawah RM10,000 akan dibayar

Komplikasi Kehamilan
  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
  • Kehamilan Ektopik atau
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi
  • Sindrom Down atau
  • Kecacatan Vetrikel Septum atau
  • Spina Bifida atau
  • Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota:
Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku sepanjang hayat Hayat Diinsurankan


berminat untuk dapatkan quotation perlindungan percuma?... .


Hubungi:  019-9815492 (ZUHDI) atau email :  mohdzuhdimd@prupartner.com.my / dainese5393@gmail.com
© 2009 - prutakafulpartner Top